Modernisasi Pendidikan Pintar dalam Islam Bagi Generasi Z Memacu ke Arah Revolusi Industri 4.0
Keywords:
M-Pembelajaran,Modernisasi Pendidikan, Gen Z, Pendidikan Pintar,dan Teknologi PembelajaranAbstract
Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Terse-barnya wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. secara langsung Islam membawa satu kuasa besar terhadap ketamadunan manusia sejagat, meliputi seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia. Perkembangan teknologi membolehkan perkembangan pembelajaran lebih efisien, efektif, fleksibel dan selesa. Modernisasi pendidikan pintar adalah pembelajaran berasaskan konteks boleh berlaku di mana-mana sahaja, yang merangkumi interaksi antara pelajar dan persekitaran. Salah satu masalah adalah teknik atau pendekatan yang diamalkan dalam persekitaran bilik kuliah umumnya telah membuatkan pelajar Gen Z berasa bosan semasa belajar. Oleh itu, adalah penting untuk memulakan kajian dengan lebih mendalam mengenai pendidikan pintar untuk menampung dan memenuhi keperluan komuniti digital. Makalah ini bertujuan membincangkan rangka kerja konseptual pendidikan pintar yang didorong oleh pelajar Gen Z yang melibatkan gaya pembelajaran yang dicadangkan dan aplikasi mudah alih sebagai projek inovasi dalam mempromosikan mengenai pengalaman pendidikan mereka. Dalam kajian ini, metodologi kuantitatif dan kualitatif akan digunakan untuk menilai balas dapatan melalui data sekunder, temubual dan soal selidik dengan pihak yang berkaitan. Tinjauan awal ini akan menjadi titik permulaan untuk institusi pengajian tinggi mula memahami idea Gen Z sambil bersiap sedia untuk perjalanan akademik mereka.