MODEL KEMAMPANAN KEWANGAN UNIVERSITI BERPANDUKAN MODEL KEWANGAN SOSIAL ISLAM: KAJIAN PUSAT ALUMNI
DOI:
https://doi.org/10.22373/aiszawa.v2i1.9779Abstract
Kemampanan kewangan merupakan aspek penting dalam memastikan kelangsungan dan daya saing sesebuah universiti, khususnya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang semakin terkesan dengan pengurangan peruntukkan kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu model kemampanan kewangan universiti yang berteraskan prinsip kewangan sosial Islam, dengan memberi fokus kepada peranan strategik Pusat Alumni. Pendekatan Kewangan Sosial Islam seperti zakat, wakaf, sedekah dan infak dilihat mampu menjadi sumber alternatif yang sah, mampan dan patuh syariah dalam menyokong keperluan kewangan universiti awam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temubual separa berstruktur melibatkan pemberi maklumat utama daripada pengurusan universiti, pegawai Pusat Alumni, serta pakar dalam kewangan Islam dan pengurusan institusi pendidikan tinggi. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti potensi, cabaran serta strategi pelaksanaan model ini. Dapatan kajian dijangka dapat menghasilkan kerangka Model Kewangan Sosial Islam yang praktikal, bersesuaian dengan konteks operasi Pusat Alumni dan dapat diaplikasikan secara meluas oleh universiti lain di Malaysia. Implikasinya, model ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian kewangan institusi, malah memperkukuh hubungan alumni-universiti dalam kerangka nilai Islam.
References
Hassan, M. K., Aliyu, S., Huda, M., & Rashid, M. (2018). A survey on Islamic finance and sustainable development: The role of Islamic finance in achieving the Sustainable Development Goals. Journal of Risk and Financial Management, 11(8), 37. https://doi.org/10.3390/jrfm1108037
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2020). Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi 2020. Putrajaya: KPT.
Mohd Salleh, S. M., Jalil, M. F. M., & Mohd Yusof, M. F. (2020). Kajian penglibatan alumni dalam penjanaan kewangan universiti: Cabaran dan strategi. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 34(2), 25–36.
Razak, R. A., & Ismail, M. E. (2021). Strategi pengurusan alumni berasaskan wakaf dan infak dalam universiti awam Malaysia. Jurnal Pengurusan Islam, 10(1), 45–56.
Sadeq, A. H. M. (2002). Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. International Journal of Social Economics, 29(1/2), 135–151. https://doi.org/10.1108/03068290210413038
Weerts, D. J., & Ronca, J. M. (2007). Profiles of supportive alumni: Donors, volunteers, and those who “do it all”. International Journal of Educational Advancement, 7(1), 20–34. https://doi.org/10.1057/palgrave.ijea.2150043
Yaacob, H., Ahmad, R., & Arifin, M. Z. (2019). Hybrid funding model untuk kelestarian kewangan universiti awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Dasar Awam, 6(2), 13–24.