Islam dan Pendokumentasian Digital: Pengalaman dari ATMA UKM Kuala Lumpur

Authors

  • Supyan Hussin Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) - UKM

Keywords:

Islam, dokumentasi, 4iR, dan ATMA UKM

Abstract

Islam adalah ad-din yang menjadi pelengkap kepada agama samawi dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi penutup akhir zaman. Allah Yang Maha Mengetahui mengizinkan penciptaan teknologi dari yang paling dhaif kepada paling canggih bagi menyebarkan risalah Islam kepada seluruh manusia selepas kewafatan Nabi Muhammad s.aw. Maklumat dan ilmu adalah dua perkara terus menular secara global melalui teknologi cetak, elektronik, analog dan kini digital. ATMA UKM tidak ketinggalan dalam memanfaatkan semua teknologi ini di Alam Melayu, yang terletak dalam kawasan maritim Asia Tenggara, kaya dengan maklumat dan ilmu kearifan tempatan, tetapi masih belum didokumentasikan seluasnya. Dalam era Revolusi Industri Keempat  (4iR), data raya (big data)  dan internet of things (IOT)  adalah dua daripada sembilan komponen utama yang perlu ada dalam mana-mana masyarakat maju. ATMA UKM telah membina dan mengemaskini data raya warisan Alam Melayu di portal malaycivilization.com.my. Data raya ini mempunyai himpunan data yang memenuhi 4 Vs: Volume (jumlah kepadatan dan skala data), velocity (akses dan kelajuan), variety (kepelbagaian format data dan struktur), veracity (kesahihah data), dan 4Vs ini menjadi teras kepada pembangunan data raya. Portal ini menawarkan 13 pangkalan data khusus mengenai beberapa aspek utama di Alam Melayu yang dapat diakses oleh para penyelidik, sarjana, dan orang awam sebagai pengguna. Bersifat sebagai perpustakaan digital yang menyediakan bahan dalam bentuk teks, video, dan audio, data raya warisan ini semakin mendapat perhatian dari pelbagai pihak untuk tujuan ilmiah dan bukan ilmiah. Kertas ini membicarakan pengalaman ATMA UKM dalam projek pendokumentasian digital sebagai satu tuntutan fardhu kifayah.

Downloads

Published

13-07-2020

How to Cite

Hussin, S. (2020). Islam dan Pendokumentasian Digital: Pengalaman dari ATMA UKM Kuala Lumpur. ndonesian ournal of ibrary and nformation cience (IJLIS), 1(1), 32–41. etrieved from https://journal.ar-raniry.ac.id/ijlis/article/view/524